BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 14, 2009

“Dari kalangan orang-orang beriman, ada mereka yang benar dengan apa yang mereka telah berjanji dengan Allah. Sebahagian mereka telah syahid. Sebahagian lagi masih menunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janji mereka” (maksud Al-Quran).


bom-f16

Setiap kali musim pilihanraya dan perubahan kepimpinan di Israel dan Amerika, umat Islam di Timur Tengah akan dibedil dan dikorbankan.

Disebalik sebak dan kegusaran bahawa kempen serangan ini telah mengorbankan ratusan nyawa dan mungkin akan memuncak, namun dari iman dan semangat HAMAS dan umat Palestin serta petunjuk ayat-ayat Allah swt, dilubuk hati saya tergambar kemenangan Islam yang semakin tiba, tidak dapat disangkal lagi. Walaupun Gaza hari ini kehilangan ratusan nyawa, namun ia adalah “aza” (kesakitan) dijasad ummah, seperti luka di lengan, sedang seluruh tubuh badan seorang yang dulunya sakit dan tidur, kini telah celik, sedar dan mula bangkit dari lamunannya. Ya, umat ini sedang bangkit, akan berperanan, bertarung, menang dan memimpin muka bumi ini sekali lagi, walau orang-orang kafir tidak menyukainya.

Firman Allah swt, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Allah enggan, sebaliknya akan menyempurnakan cahayaNya walau orang-orang kafir membencinya. Dialah (Tuhan) yang telah mengutus Rasul dengan petunju dan Agama yang benar, agar Dia memenangkan Agama itu mengatasi sekelian agama dan sistem semuanya, walau orang-orang musyrik membencinya.” (Al-Quran).

“Mereka tidak akan memudharatkan kamu melainkan “aza” (kesakitan). Sekiranya mereka memerangi kamu, mereka akan cabut lari ke belakang, kemudian mereka tidak dimenangkan” (maksud Al-Quran). “Ketahuilah sesungguhnya parti Allah, mereka lah yang akan menang” (maksud Al-Quran)…… “Ketahuilah, sesungguhnya parti Syaitan, merekalah yang akan kerugian” (maksud Al-Quran).

Gaza adalah hujah Allah swt kepada umat Abad 21, bahawa Iman di hati 1.5 juta umat boleh berdepan dengan 5 juta Yahudi lengkap bersenjata menyerang dan mengepung, 300 juta rakyat Amerika, 400 juta rakyat Eropah, 250 juta rakyat Rusia yang mendokong dan berbilion umat dunia yang kufur dan musyrik, walau 1 bilion saudara seIslam mereka leka dan lena. Masa telah lama tiba untuk umat Islam menilai Iman, penghayatan Islam, kesatuan Ukhuwwah, kepimpinan Khilafah dan semangat Jihad mereka.

Allahu Akbar ! Walillahil Hamd !

source :Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com


mampukah kita nnti utk mara kehadapan mnjadi Nasrullah bila msuh menjenguk...

bersediakah kita...





0 comments: