BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 4, 2009

Hidup yg tidak akan berubah

Allah berfirman bahawa dijadikanNya manusia sbg abid..untuk beribadah kpdNya..
Hidup kita sebagai abidNya tidak akan berubah sampai hari djanjikanNya olehNya..hr pengHisaban atas segala yg kita lakukan didunia..

segala hiruk pikuk hidup abid di dunia ni telah ditakdirkan olehNya..kita hanya prlu lalui dan menjalaninya..tak boleh lari dr hidup walau ap apun berlaku dan steruk mn pun ujian..tu tlh ditetapkan utk diri..Hidup xakan berubah..cuma cara kita lalui hidup itu akn berubah..dan juga berubahnya laluan hidup tu atas siapa yg memiliki hidup tu..

jika dia seorang yg kuat dan tetap percaya pada Penciptanya yg Maha Mendengar,Maha Adil.. dia pasti akan berjaya mengubah laluan hidupnya kearah yg lebih baik lg..bukan hanya bersandar pd manusia yg pentingkan diri sendiri..bukan hanya mencari redho manusia..manusia pasti xakan dapat berikan apa yg dia mahu..ketenangan dan kebahagiaan semua milik Allah dan diberikan pd siapa yg mencintaiNya...hanya pada Dia diri ini perlu meminta...supaya dianugerahkan cinta dan cahayaMU..

''Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,Jiwa, dan buah2an.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 yg sabar...iaitu orang-orang yg apabila di timpa musibah,mereka berkata 'innalillahiwa inna ilaihirajiuun'( kami kepunyaan Allah dan kepadaNya lah kami kembali)''- al Baqarah 155

Segala qadha’ itu semestinya baik untuk seorang Muslim. Allah berfirman, “...dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami gilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)... (Ali-Imran: 140).

terbaca petikan kata seorang sufi..- jangan berdoa kepada Tuhan supaya ujian itu berlalu, tetapi berdoalah '' Wahai yg Maha Pencipta, berilah kekuatan kpdku utk melalui dan menghadapi ujian ini''

thank you Allah kerana tak membiarkan aku leka dengan hidup dunia dan cinta palsu manusia..
Jauhkan aku dr segala perkara yg melalaikan aku dr mengingatiMu...

0 comments: